Thursday, October 15, 2009

teka-teki imam Ghazali

cite tentang teka-teki imam Ghazali ni, ana yakin lagi pasti sudah tentu ramai yang sudah tahu..tapi, biarlah..ana nk cite jugak..insyaAllah..setakat yang ana mampu..

Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya

1. Apa yang paling dekat dengan kita? anak muridnya menjawab, sahabat, ibubapa..Imam Ghazali kata betol, tp yang paling tepat ialah MATI.. kita tidak bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini..mungkin esok,lusa..sape tahu.. jadi, hendaklah kita sentiasa bersedia utk menghadapi mati..buat amar makruf nahi mungkar..

2. Apa yang jauh dengan kita? Imam Ghazali kate, yang paling jauh dengan kita ialah MASA. masa semakin lame semakin jauh meninggalkan kita. jadi, hendaklah kita menggunakan masa kita dengan sebaiknya.kita hendaklah mengatasi masa..bukan kita yang mengejar masa bahkan biar masa yang mengejar kita.

3. Apakah yang paling ringan? Imam Ghazali berkata yang paling ringan ialah MENINGGALKAN SEMBAHYANG. mengapa manusia sekarang sangat mudah utk meninggalkan sembahyang?? seseungguhnya sembhyg itu tiang agama. kalu kita sembhyang semakin teguh tiang agama kita, tp kalau ramai yang x sembhyg, runtuh la ia..manusia zaman sekrang sedang rakus mencari harta..sibuk mengumpul harta..padahal kita tak boleh bwk mati pon harta tu..apa yang kita perlu utk mati ialah amalan kita, doa anak soleh dan ilmu yang kita tinggalkan,,fikirkanlah wahai teman..

4. Apakah yang paling berat? Imam Ghazali berkata lagi, yang paling berat ialah AMANAH. Amanah yang kita pikul di atas muka bumi ini. setiap manusia ade tanggungjwb sendiri, JANGAN LUPE wahai teman, kita adalah khalifah Allah.

5. Apakah yang paling tajam? anak murid Imam Ghazali sepakat kate pedang. betul, tp bukan pedang jawapannya..LIDAH jawapannya..kerana lidah manusia boleh masuk neraka disebabkan kata-kata yang boleh menyakiti hati saudaranya sendiri.

6. Apakah yang paling besar di dunia ini?? yang paling besar di dunia ini ialah NAFSU. kita hendaklah pandai mengawal nafsu, tidak pandai menjaga nafsu boleh membawa kita ke neraka.



Monday, October 12, 2009

kematian


Dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Tidak kira semut, nyamuk, ikan, lembu even kita sendiri pon akan mati. Kematian itu merupakan salah satu rahsia Allah yang tidak kita ketahui dan yang jelasnya ia merupakan perkara yang pasti berlaku cuma kita tidak tahu bile kita akan mati, malah kita juga kita tidak tahu dengan cara ape kita akan mati, adakah dengan tersepak batu, terjatuh atau kemalangan..??? wallahu'alam.. minta2 dijauhkan..

bercakap tentang kematian, baru-baru ni ana menerima panggilan daripada sahabat ana, iaitu roomate ana sendiri. masa tu ana dalam perjalanan pulang ke tempat ana belajar, ana dr beraya umah ustaz... roomate ana call n then suara die sangat cemas..ana pun pelik, kenapa suara die cemas sangat..die bertanyakan tentang roomate yang sorang lagi kat mn??..(masa tu ana dengan 1 lagi roomate ana on da way balek raya)..ana jawab panggilan die dengan tenang..pastu ana bgtau ana onda way blek ke tmpt blaja..then die pon bgtau yang ayah kepada roomate ana yang sorang kat bilik tu dah tak ade..ana terkejut..ana bgtau pemandu iaitu kak sya ngan org lain skali..sampa shj ana terus berlari utk mendptkan uyu(shbt ana yang kematian ayah tu)..ana berkejaran balek ke bilik..

sampa shj ke bilik, rupanya uyu masih tido( uyu keletihan sebab baru balek dr camping di mersing)..bile kami serbu die nk bgtau die, then kak ayu call..maknanya die tahu dr kak ayu..jadi, mlm tu jugak ramai yang dtg kat bilik ana utk menemui uyu..pada malam tu jugak uyu balek ke kelantan..n ana ngan kak nur pun ikut sekali..diorang hntr uyu sampa kat bus stop..sangat terharu,,sb ramai kwn yang concern terhadap sesama shbt..termasuk budak laki.. kami pon bertolak ke kelantan pada jam 12.15 am..dua buah kete ke kelantan pada malam tu..kete u n kete kak ainul..

kami sampa kat umah uyu kira2 pukul 7 pagi..then kami terus bc yaasin..ketika bc yaasin ana terasa sangat terharu dan naik sebak sb apabila adik kepada uyu yang PMR mencium pipi mayat ayahnya sb nk pegi periksa..(masa tu PMR x abih lg)..sedeh.. :-(

kira2 kul 10 pg, mayat ayah uyu dimandikan dan pukul 12 tengah hari, ditanam di perkuburan..

Tuesday, September 8, 2009

renungan bersama

alhamdulillah...hr ni berpeluang juga utk mempos blog.. walaupun pengisiannya tidak lah sebrp, ana harap sape2 yang bc dpatlah sedikit input positif.. dan pengisian ini adalah utk diri ana sendiri juga sebenrnya... dan sabda Nabi Muhammad juga mengatakan bahawa sampaikanlah pesananku walau 1 ayat...

hari ini, umat islam telah berpuasa sebanyak 19 hari. jadi, adakah kita terpikir atau merenung, apa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini. adakah kita solat terawih setiap hari, ape ibadat umum lain yang telah kita lakukan..seperti sedekah,.. atau adakah kita telah menggunakan wang kita utk memberi makan kepada orang yang berpuasa..sesungguhnya memberi mkn kepada orang yang berpuasa itu, Allah akan memberinya pahala seperti orang berpuasa tanpa mengurangkannya sedikit pun..sama2 lah kita fikirkan..perlu diingat bahawa setiap perlakuan yang dilakukan hendaklah dengan niat yang ikhlas..Allah tiada melihat kepada kuantiti kebaikan yang kita lakukan, malah Allah melihat kepada kualiti..kualiti kebaikan yang kita lakukan..kalau dilakukan dengan niat utk menunjuk2, maka segala perlakuan itu adalah perbuatan yang sia-sia....bulan ramadhan ini merupakan bulan yang sangat murah dengan pahala, jadi kita betolkan niat kita, ikhlaskan hati niat kerana Allah SWT, insyaAllah akn memberikan kita rahmat dan semoga Allah ampunkan dosa kita dan dijauhi dr azab api neraka...

kita juga telah melepasi satu peringkat iaitu 10 hari pertama iaitu rahmat dan sekarang kita telah berada di penghujung minggu keampunan..dan tidak lama lagi kita akan berada di 10 malam terakhir iaitu terlepas dari api neraka..jadi, ambil kesempatan ini untuk meminta perlindungan daripada Allah SWT, minta keampunan dari ALLAH agar kita dijauhi dari azab api neraka..jadi, jangan lupe utk berdoa ye terutamnya selepas solat..dan juga ketika berpuasa ataupun sebelum berbuka puasa..sesungguhnya waktu itu adalah waktu yang afdhal utk meminta doa.. tp, jgn doa utk diri sendiri aje, doalah utk ibubapa kita, saudara2 kita, sahabat2 kita, dan umat islam seluruhnya..

Tuesday, August 11, 2009

ingat!!

hari ini ana teringat akan pada ceramah kat tempat ana belajar, ceramah untuk Isra' dan Mikraj. ceramah itu disampaikan oleh ustaz Ridhwan T dan ustazah zawiyah. ana masih lagi ingat akan peringatan yang diberikan oleh ustazah akan pelajaran. hal ini kerana ana telah mendapat markah kuiz yang sangat teruk. soalan tu senang sangat2 tp knp ana xboleh nk jwb dengan betol. ana mmg boleh jwb soalan tu ana cume tertukar. ana pasrah dengan markah tu. disebabkan itu lah ana teringat akn ustzah tu.

peringatan yang diberikan itu
1. semak hubungan kita dengan Allah
semak balek solat kita, adakah cukup lima waktu, solat taubat, semak balek puasa kita,adakah dah abis diganti
2. semak balek hubungan kita dengan ibu bapa.
kalu mereka terasa hati, Allah akan tarik kebahagiaan kita. jadi, jangan kita biarkan mereka terasa hati dengan kita. Allah redha anak yang diredhai ibu bapa dan Allah benci anak yang benci ibubapa. dan satu lagi, jangan biarkan mereka marah dengan kita.
3. semak rezeki yang kita dapat
pastikan rezeki yang kita dapat tu dari sumber yang halal. rezeki kita bukan hanya makanan, tapi pakaian, benda2 yang kita guna hari2.. jadi, tolong check balek.

jadi kesimpulannya, tolong check balek semua yang ana telah tulis di atas. InsyaAllah berjaya di dunia dan di akhirat kerana ilmu itu nur, cahaya ilmu dan ilmu itu takkan dapat kepada mereka yang melakukan maksiat.!!