Thursday, October 15, 2009

teka-teki imam Ghazali

cite tentang teka-teki imam Ghazali ni, ana yakin lagi pasti sudah tentu ramai yang sudah tahu..tapi, biarlah..ana nk cite jugak..insyaAllah..setakat yang ana mampu..

Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya

1. Apa yang paling dekat dengan kita? anak muridnya menjawab, sahabat, ibubapa..Imam Ghazali kata betol, tp yang paling tepat ialah MATI.. kita tidak bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini..mungkin esok,lusa..sape tahu.. jadi, hendaklah kita sentiasa bersedia utk menghadapi mati..buat amar makruf nahi mungkar..

2. Apa yang jauh dengan kita? Imam Ghazali kate, yang paling jauh dengan kita ialah MASA. masa semakin lame semakin jauh meninggalkan kita. jadi, hendaklah kita menggunakan masa kita dengan sebaiknya.kita hendaklah mengatasi masa..bukan kita yang mengejar masa bahkan biar masa yang mengejar kita.

3. Apakah yang paling ringan? Imam Ghazali berkata yang paling ringan ialah MENINGGALKAN SEMBAHYANG. mengapa manusia sekarang sangat mudah utk meninggalkan sembahyang?? seseungguhnya sembhyg itu tiang agama. kalu kita sembhyang semakin teguh tiang agama kita, tp kalau ramai yang x sembhyg, runtuh la ia..manusia zaman sekrang sedang rakus mencari harta..sibuk mengumpul harta..padahal kita tak boleh bwk mati pon harta tu..apa yang kita perlu utk mati ialah amalan kita, doa anak soleh dan ilmu yang kita tinggalkan,,fikirkanlah wahai teman..

4. Apakah yang paling berat? Imam Ghazali berkata lagi, yang paling berat ialah AMANAH. Amanah yang kita pikul di atas muka bumi ini. setiap manusia ade tanggungjwb sendiri, JANGAN LUPE wahai teman, kita adalah khalifah Allah.

5. Apakah yang paling tajam? anak murid Imam Ghazali sepakat kate pedang. betul, tp bukan pedang jawapannya..LIDAH jawapannya..kerana lidah manusia boleh masuk neraka disebabkan kata-kata yang boleh menyakiti hati saudaranya sendiri.

6. Apakah yang paling besar di dunia ini?? yang paling besar di dunia ini ialah NAFSU. kita hendaklah pandai mengawal nafsu, tidak pandai menjaga nafsu boleh membawa kita ke neraka.



Monday, October 12, 2009

kematian


Dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Tidak kira semut, nyamuk, ikan, lembu even kita sendiri pon akan mati. Kematian itu merupakan salah satu rahsia Allah yang tidak kita ketahui dan yang jelasnya ia merupakan perkara yang pasti berlaku cuma kita tidak tahu bile kita akan mati, malah kita juga kita tidak tahu dengan cara ape kita akan mati, adakah dengan tersepak batu, terjatuh atau kemalangan..??? wallahu'alam.. minta2 dijauhkan..

bercakap tentang kematian, baru-baru ni ana menerima panggilan daripada sahabat ana, iaitu roomate ana sendiri. masa tu ana dalam perjalanan pulang ke tempat ana belajar, ana dr beraya umah ustaz... roomate ana call n then suara die sangat cemas..ana pun pelik, kenapa suara die cemas sangat..die bertanyakan tentang roomate yang sorang lagi kat mn??..(masa tu ana dengan 1 lagi roomate ana on da way balek raya)..ana jawab panggilan die dengan tenang..pastu ana bgtau ana onda way blek ke tmpt blaja..then die pon bgtau yang ayah kepada roomate ana yang sorang kat bilik tu dah tak ade..ana terkejut..ana bgtau pemandu iaitu kak sya ngan org lain skali..sampa shj ana terus berlari utk mendptkan uyu(shbt ana yang kematian ayah tu)..ana berkejaran balek ke bilik..

sampa shj ke bilik, rupanya uyu masih tido( uyu keletihan sebab baru balek dr camping di mersing)..bile kami serbu die nk bgtau die, then kak ayu call..maknanya die tahu dr kak ayu..jadi, mlm tu jugak ramai yang dtg kat bilik ana utk menemui uyu..pada malam tu jugak uyu balek ke kelantan..n ana ngan kak nur pun ikut sekali..diorang hntr uyu sampa kat bus stop..sangat terharu,,sb ramai kwn yang concern terhadap sesama shbt..termasuk budak laki.. kami pon bertolak ke kelantan pada jam 12.15 am..dua buah kete ke kelantan pada malam tu..kete u n kete kak ainul..

kami sampa kat umah uyu kira2 pukul 7 pagi..then kami terus bc yaasin..ketika bc yaasin ana terasa sangat terharu dan naik sebak sb apabila adik kepada uyu yang PMR mencium pipi mayat ayahnya sb nk pegi periksa..(masa tu PMR x abih lg)..sedeh.. :-(

kira2 kul 10 pg, mayat ayah uyu dimandikan dan pukul 12 tengah hari, ditanam di perkuburan..