
Thursday, January 28, 2010
ikan singgang..
haa, resepi ni dapat dr blog kawan..rase terliur plak tgk ikan singgang..duk cni x jupe pon..hummh, bez ni kalu makan dengan sambal belacan..hehu..
---> suggestion: sape yang suke makan budu tu sesuai la mkn dengan ikan singgang tapi bagiku.......x pelawa pon xpe.. :)
sekadar gambar hiasan yg diambil lam internet..
resipi kali ni mudah, cepat, dan best..urmmm, yummy.!! ikan singgang kalau dimakan dengan budu dan sambal belacan lagi best..!! Ni la salah satu makanan kegemaran ku..tp malangnya masakan ni tak ade kat tempat aku belajar sekarang, xpe, yang penting cuti dah dekat, leh la masak sendiri..
Bahan-bahan :
* 1 ekor ikan tongkol (di potong 5,di bersihkan & ditoskan)
* 2 ulas bawang putih (diketuk kasar )
* 6 ulas bawang merah (diketuk kasar )
* 2 inci lengkuas ( diketuk kasar )
* beberapa hiris kunyit tongkol.
* 2 keping asam gelugor.
* garam secukup rasa.
* air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
* bendi @ kacang mior.......
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan lengkuas yang telah diketuk tadi.
Masukkan juga kunyit yang telah dihiris.
3. Kemudian masukkan asam gelugor dan ikan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian masakkan bahan tadi sehingga mendidih..apabila ikan agak
masak,masukkan bendi,dibiarkan sekejap & tutup api...bolehlah dihidangkan...
Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak
Petikan ini diambil dr blog seorang chef :
Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian
Keputusan...
semoga mereka dapat mengembleng tenaga untuk kebajikan pelajar disamping menyempurnakan janji-janji yang telah mereka tabur ketika menifesto..di bawah terdapat keputusan pilihan raya..
Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan MPP Sesi 2009/2010 telah disempurnakan pada 6.45 ptg td oleh Y. Bhg Prof. Dr. Ridzuan Nordin, Dekan JHEPA. Tahniah diucapkan kepada semua.
Berikut merupakan keputusan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.